BitTorrent Torque Diperkenalkan – Membawakan Teknologi Torrent Ke Pelayar Web

BitTorrent Torque Diperkenalkan – Membawakan Teknologi Torrent Ke Pelayar Web

Diterbitkan pada July 7, 2012 oleh .

Setelah merevolusikan dunia internet dengan menawarkan sokongan teknologi BitTorrent untuk perkongsian pelbagai perkara dengan mudah, kini pembangunnya membawakan pengalaman perkongsian dan penggunaan teknologi BitTorrent dengan lebih meluas melalui pelayar web.

BitTorrent Torque yang diperkenalkan dalam bentuk Alpha ini membawakan sokongan klien torrent kepada para pembangun web dalam bentuk antaramuka JavaScript. Ia sekaligus memudahkan para pembangun menggunakan teknologinya dalam membangunkan sebarang aplikasi, serta memudahkan para pengguna menggunakan torrent dalam urusan harian mereka.

Sebagai permulaan, beberapa aplikasi berasaskan pelayar web disediakan melalui BitTorrent Torque ini, dan antaranya adalah:

  • b>One Click – Mengubah muat-turun berbentuk torrent kepada muat-turun dalam pelayar web seperti biasa.
  • Paddle Over – Berkongsi fail antara komputer dengan hanya drag-dan-drop

Pelbagai aplikasi lain juga bakal diperkenalkan, dimana beberapa idea awal telah disediakan, dan dalam pembangunan buat masa ini.

Bagi para pembangun yang berminat, mungkin boleh merujuk kepada halaman GitHUb yang disediakan, disamping untuk pengguna pula, anda boleh mencubanya hari ini pada pelayar web anda.


TIPS & ULASAN