Cari @ Amanz

Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, hari ini, Twitter mengumumkan fungsi carian yang lebih baik pada perkhidmatan mereka, sekaligus memudahkan lagi para pengguna menemui informasi yang relevan dengan mudah dan pantas berbanding sebelumnya.

Kini, seperti pada web Google dan sebagainya, Twitter turut sama mengintegrasikan sokongan autocomplete sekaligus memberikan anda cadangan berkenaan carian yang ingin dilakukan oleh anda. Perkara ini sekaligus memudahkan anda membuat carian tanpa tersilap ejaan dan memilih terma yang tepat untuk dicari di Twitter.

Selain daripada itu, salah satu fungsi yang amat menarik minat kami adalah sokongan mencari yang hanya melibatkan mereka yang diikuti oleh seseorang pengguna sahaja. Sebelum ini, ia agak sukar dilakukan, dimana hasil carian Twitter memperlihatkan hasil carian berdasarkan tweet yang top dan juga daripada semua. Hari ini, mereka menambah pilihan baru, dinamakan “People You Follow”, sekaligus memudahkan lagi anda membuat carian Tweet rakan-rakan anda.

Sokongan carian baru ini dijangka akan diperkenalkan kepada semua secara berperingkat, termasuk kepada pengguna Twitter untuk iPhone dan juga Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd