Cari @ Amanz

Bagi yang mengikuti perkembangan pembangunan Mozilla Thunderbird, sejak akhir-akhir ini, mereka telah menggunakan pembangunan pantas, dimana versi baru diperkenalkan setiap enam bulan. Namun, apa yang menyedihkan, kini ia diperkatakan pembaharuan pada Thunderbird bakal diberhentikan tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, pihak pembangunnya merancang untuk terus memperkenalkan kemaskini sekuriti dan sebagainya. Namun begitu, ia masih lagi pada peringkat awal pembincangan, dan merancang untuk mendengar pelbagai maklumbalas daripada komuniti, sebelum membuat keputusan akhir menjelang September 2012 kelak.

Perkara mengenai masa depan Thunderbird ini sendiri sedang diperbincangkan secara dalaman, sebelum sebuah emel daripadanya didapati oleh pihak TechCrunch. Pihak pembangun Thunderbird masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi buat masa ini, dan dijangka akan mengumumkan pada minggu hadapan berkaitan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd