Bagaimana Memuat-Turun Video YouTube Terus Daripada Firefox?

Bagaimana Memuat-Turun Video YouTube Terus Daripada Firefox?

Diterbitkan pada July 7, 2012 oleh .

Sebelum ini, kami pernah berkongsi akan salah satu aplikasi yang memudahkan anda memuat-turun video daripada YouTube. Namun, ia adalah berasaskan desktop, dan mungkin kadang-kala anda ingin terus memuat-turun daripada pelayar web anda. Untuk itu, salah satu aplikasi tambahan yang boleh digunakan pada Firefox anda adalah Download Videos From YouTube.

Dengan menambah ia pada Firefox, pada setiap video, ia akan menambah sebuah butang muat-turun dibahagian bawah, diserasikan bersama-sama dengan butang Like dan Share pada YouTube.

Menariknya, ia juga menyediakan beberapa pilihan, termasuk dalam bentuk kualiti, ataupun sekiranya anda inginkan audio sahaja dalam bentuk MP3. Namun, seperti biasa, ia berbeza untuk setiap video, berdasarkan apa yang dimuat-naik oleh pemilik asal video tersebut.

Jadi, sekiranya anda menggunakan Firefox dan gemar memuat-turun video daripada YouTube, mungkin add-on ini adalah salah satu yang berguna kepada anda.


TIPS & ULASAN