iSung Galaxy 5 – Apabila iPhone 5 Dan Galaxy S3 Digabungkan

iSung Galaxy 5 – Apabila iPhone 5 Dan Galaxy S3 Digabungkan

Diterbitkan pada July 7, 2012 oleh .

Seringkali kita dapat melihat pengguna pening untuk membuat pilihan sama ada memilih peranti Samsung Galaxy S3 ataupun telefon pintar daripada Apple, iaitu iPhone. Kini, TechRadar berkongsi sebuah konsep yang dipanggil iSung Galaxy 5, mengabungkan kelebihan pada kedua-dua peranti tersebut.

Daripada gambaran konsep yang dipertontonkan melalui sebuah video khas, peranti yang dipanggil iSung Galaxy 5 ini membawakan rekabentuk badan gabungan Galaxy S3 dan juga iPhone, disamping membawakan beberapa sokongan yang terdapat pada Galaxy S3 seperti slot mikro-SD, sokongan multi-play, kamera dengan rakaman pantas dan beberapa lain lagi.

Jadi, apa pendapat anda dengan konsep yang dipertontonkan ini?


TIPS & ULASAN