Carian
MeeGo Terus Hidup – Jolla Menyatakan Sokongan, Bakal Mengeluarkan Peranti Baru
July 8, 2012 Aman

Dengan ramai yang beranggapan MeeGo akan mati dengan hanya Nokia N9, hari ini perkara berbeza berlaku, sekaligus memberikan masa depan yang agak cerah kepada komuniti pengguna MeeGo, apabila sekumpulan bekas pekerja Nokia bergabung dibawah sebuah jenama, Jolla.

Jolla bakal menyambung pembangunan telefon pintar berasaskan MeeGo, dan pada masa yang sama teruskan membangunkan MeeGo. Perkara ini semestinya sekaligus memberikan komuniti disebalik MeeGo, sekaligus membolehkan mereka yang meminati sistem operasi MeeGo terus menikmati pelbagai peranti baru daripada Jolla.

Bagi mereka yang pernah menggunakan MeeGo, semestinya amat mengemarkan sistem operasi tersebut. Walaupun ia tidak mendapat sokongan daripada Nokia, membuatkan ramai pembangun tidak membangunkan aplikasi untuknya, namun ia mempunyai penyokongnya sendiri, apatah lagi membolehkan beberapa aplikasi Linux dijalankan padanya dengan mudah.

Jolla disasarkan bakal membuat beberapa pengumuman berkaitan pelabur mereka, dan juga berkongsi maklumat mengenai peranti pertama mereka dalam beberapa minggu lagi. Sama-sama kita nantikannya.


Komen