Seperti pengguna pelbagai platform operasi, BlackBerry turut mempunyai penggunanya tersendiri, dan kini mereka mengumumkan yang mana sebanyak lebih daripada tiga billion aplikasi telah dimuat-turun melalui BlackBerry AppWorld sehingga hari ini.
Dengan muat-turun sebanyak tiga billion, Research In Motion turut sama berkongsi beberapa statistik lain berkaitan aplikasi untuk platform BlackBerry, dimana terkini terdapat lebih 90,000 aplikasi untuk dijual, selain pelbagai aplikasi percuma yang lain.
Angka muat-turun daripada BlackBerry AppStore juga terus meningkat dari hari ke hari, dimana selepas mengambil masa selama 786 hari untuk mencapai angka 1 billion, dan 210 hari untuk mencapai angka 2 billion, ia kini hanya mengambil masa selama 176 hari untuk mencapai angka tiga billion.
Dan dengan pelbagai pengumuman, semestinya lebih ramai yang menantikan BlackBerry 10 daripada RIM, yang mana sebelum ini dikatakan ditangguhkan pelancarannya ke tahun hadapan.