Cari @ Amanz

Pada sistem operasi Windows, kita ada salah satu aplikasi yang memudahkan anda mengawal penggunaan data internet dengan mudah, melalui aplikasi Networx. Dan untuk pengguna Linux pula, anda boleh dengan mudah memantau penggunaan jalur-lebar internet anda melalui aplikasi yang dinamakan Download Monitor.

Dengan aplikasi Download Monitor, ia membolehkan anda dengan mudah memantau penggunaan jalur-lebar bulanan anda, dimana anda turut sama boleh menetapkan had penggunaan data anda untuk muat-naik dan juga muat-turun.

Disamping itu, ia juga menyediakan sebuah graf ringkas berkenaan dengan penggunaan anda untuk sesuatu bulan, harian dan juga mengikut jam. Walaupun graf yang disediakan tidak begitu cantik, namun, ia menyertakan data yang diperlukan sekiranya anda ingin memantau penggunaan harian anda.

Aplikasi ini semestinya amat berguna bagi anda yang menggunakan jalur-lebar dengan had kuota bulanan, terutamanya Yes4G, dan beberapa talian telekomunikasi mudah-alih yang lain.

Sekiranya anda berminat, boleh memasangnya pada sistem operasi Linux anda daripada Launchpad. Sekiranya anda menggunakan sistem operasi Ubuntu dan yang berkait rapat dengannya, boleh memasangnya dengan mudah terus daripada Terminal, dengan menaip:

sudo add-apt-repository ppa:duncanjdavis/download-monitor-submit
sudo apt-get update
sudo apt-get install download-monitor

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd