Rovio Bakal Hadir Dengan Permainan Angry Birds Yang Memfokuskan Watak Babi Hijau

Rovio Bakal Hadir Dengan Permainan Angry Birds Yang Memfokuskan Watak Babi Hijau

Diterbitkan pada July 9, 2012 oleh .

Rovio, selain daripada bakal hadir dengan permainan terbaru Amazing Alex, turut sama pada masa yang sama sedang membangunkan permainan Angry Birds baru, sekaligus memaksimakan penggunaan jenama Angry Birds mereka.

Namun, berbeza dengan kawalan watak sedia ada, melalui permainan baru mereka kelak, ia diperkatakan akan memberi peluang kepada para pemain memainkan watak babi hijau yang sering diserang pada permainan tersebut.

Daripada permainan Angry Birds baru itu kelak, ia akan membolehkan para pemain menyelamatkan telur daripada dirampas oleh burung, disamping turut menyertakan bentuk struktur menggunakan kayu dan batu seperti sedia ada hari ini.

Permainan baru ini dijangka akan dilancarkan sebelum Hari Natal tahun ini.


TIPS & ULASAN