RIM Akan Terus Melabur Dalam Pembangunan Platform BlackBerry

RIM Akan Terus Melabur Dalam Pembangunan Platform BlackBerry

Diterbitkan pada July 9, 2012 oleh .

Hari ini pada BlackBerry 10 Jam di Singapura, pihak Research In Motion menekankan dengan mengatakan mereka terus memfokuskan dan melabur pada platform mereka, sekaligs membuatkan ura-ura berkenaan RIM ingin beralih ke platform lain sebelum ini terhapus begitu sahaja.

Menurut RIM, sebanyak lebih $100 juta telah dilaburkan oleh mereka dalam membangunkan platform ini, di mana sebahagian daripadanya, sebanyak 25,000 peranti PlayBook telah diedarkan kepada pembangun, di samping lebih 12,000 peranti BlackBerry Dev Alpha, sekaligus membantu pembangun membangunkan aplikasi untuk BlackBerry 10.

Selain daripada itu, RIM juga mengatakan yang mana platform mereka sedang mati yang dilaporkan pelbagai media akhir-akhir ini. Daripada statistik yang dikongsi, RIM mengatakan sejak daripada tahun lepas, bilangan vendor mereka telah meningkat sebanyak 254%, di samping aplikasi yang dihantar ke BlackBerry AppWorld meningkat sebanyak 226%.

Baru-baru ini juga, RIM turut sama melaporkan bilangan aplikasi yang dimuat-turun daripada BlackBerry AppWorld telah pun melangkaui angka 3 bilion.


TIPS & ULASAN