Pandang Pertama : Platform Operasi BlackBerry 10

Pandang Pertama : Platform Operasi BlackBerry 10

Diterbitkan pada July 9, 2012 oleh .

Salah satu platform operasi yang dinantikan ramai adalah BlackBerry 10, dan hari ini pada acara BlackBerry 10 Jam, pihak RIM berkongsi beberapa perkara mengenai platform tersebut, termasuk kamera yang baru, papan kekunci lebih menarik dan sebagainya.

Buat masa ini, pihak Research In Motion masih merahsiakan pelbagai perkara, disamping tidak membenarkan merakamkan platform tersebut sepenuhnya. Malah beberapa aplikasi sahaja didemonstrasikan oleh mereka, seperti sokongan papan kekunci, notifikasi, dan beberapa yang lain.

Pelbagai persoalan masih menjadi tanda tanya, termasuk platform pemetaan yang akan digunakan (mereka akan menggunakan TomTom untuk navigasi), antaramuka kamera, pelayar web, sokongan BBM, dan sebagainya.

Daripada apa yang diperlihatkan, BlackBerry 10 membawakan peranti dengan kawalan penuh skrin sentuh, dengan fungsi menutup aplikasi seperti pada PlayBook. Namun, memandangkan semuanya masih pada peringkat awal, apatah lagi pelancaran produk tersebut hanya pada awal tahun 2013 kelak, mungkin pelbagai perubahan akan diperkenalkan, disamping pelbagai kejutan untuk para pengguna.


TIPS & ULASAN