Cari @ Amanz

Dengan ramai yang bercakap mengenai BlackBerry 10, mungkin pengguna sedia ada bimbang akan untuk melabur pada peranti BlackBerry 7 sedia ada di pasaran. Dan pada BlackBerry 10 Jam hari ini, RIM berkongsi, mengatakan BlackBerry 7 akan terus disokong mereka selepas BB10 dilancarkan kelak.

Perkara ini dikongsi bersama oleh pihak RIM, bersama-sama dengan beberapa statistik lain, di mana, dikatakan terdapat lebih 90,000 aplikasi untuk platform BlackBerry hari ini, dan digunakan oleh lebih ramai 78 juta pengguna seluruh dunia.

Menurut pihak RIM juga, BlackBerry 7 kini digunakan oleh 25% pengguna untuk mengakses BlackBerry AppWorld. Di samping itu, pihak RIM juga seperti memberikan petanda BlackBerry 7 akan digunakan pada peranti berkos rendah mereka pada masa akan datang, selain daripada BlackBerry 10 untuk peranti generasi baru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd