Sony Xperia Go Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM999

Sony Xperia Go Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM999

Diterbitkan pada July 9, 2012 oleh .

Setelah mengumumkan sebanyak 6 peranti baru untuk pasaran tempatan sebelum ini, hari ini, Sony Mobile Malaysia secara rasminya telah pun mengumumkan yang mana peranti tersebut akan mula dijual dan didapati daripada para pengedar Sony Mobile tempatan bermula esok.

Sony Xperia Go ini membawakan skrin seluas 3.5-inci dengan sokongan enjin BRAVIA, kamera 5-megapixel dengan sokongan merakamkan gambar dengan pantas, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, dan turut disertakan bersama pelbagai ciri-ciri tambahan, termasuk kalis air dan juga habuk.

Daripada harga yang ditawarkan, Xperia Go juga turut sama akan didatangkan dengan beberapa aksesori tambahan, termasuk kad mikro-SD dan juga pengecas dalam kereta bernilai RM87 untuk suatu waktu yang terhad.


TIPS & ULASAN