Pandang Pertama : Sony Xperia Go

Pandang Pertama : Sony Xperia Go

Diterbitkan pada July 9, 2012 oleh .

Nampaknya, Sony terus memfokuskan kepada peranti yang tahan lasak dan juga kalis air, dimana terkini, peranti baru dengan ciri-ciri seumpamanya yang dilancarkan untuk pasaran tempatan adalah Xperia Go. Peranti tersebut mula dijual di Malaysia pada harga bermula RM999, tanpa sebarang pakej dan pelan daripada syarikat telekomunikasi tempatan.

Dari segi spesifikasi, Xperia Go didatangkan bersama-sama dengan skrin tahan lasak seluas 3.5-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori sebanyak 512MB RAM, kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman video 720p, dan juga ruangan storan terbina sebanyak 4GB. Buat masa ini, ia dijana menggunakan Android 2.3 Gingerbread, dan bakal menerima kemaskini tidak lama lagi kepada Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Daripada penggunaan ringkas kami, peranti ini berfungsi tanpa sebarang masalah, dan berjalan lancar tanpa sebarang lengah masa. Walaubagaimanapun, ia kelihatan paparan skrin pada peranti tersebut tidak seterang peranti baru yang dikeluarkan akhir-akhir ini walaupun dilengkapi dengan teknologi BRAVIA daripada Sony. Rekabentuk badannya pula dilengkapi dengan dua lapisan untuk memastikannya kalis air, sama seperti peranti Xperia Active sebelum ini.

Namun, ciri-ciri tahan lasak yang didatangkan padanya mungkin amat berguna bagi segelintir pengguna yang sentiasa bertugas diluar, dan sukar untuk menjaga peranti mereka. Dari segi rekabentuk juga, ia membawakan rekabentuk yang agak menarik dan selesa untuk dipegang.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh mendapatkan peranti ini daripada pengedar tempatan pada harga RM999. Namun, sekiranya anda ingin menantikan sesuatu yang lebih menarik lagi, mungkin boleh nantikan Sony mengumumkan lima peranti lain ke pasaran tempatan dalam masa terdekat, termasuk peranti berkuasa tinggi, Xperia Ion.


TIPS & ULASAN