Gambar Paparan Skrin Kunci Firefox OS Kelihatan

Gambar Paparan Skrin Kunci Firefox OS Kelihatan

Diterbitkan pada July 9, 2012 oleh .

Mozilla sebelum ini telah pun mengumumkan penggunaan nama Firefox OS pada minggu lepas, dengan mengatakan peranti baru bakal dilancarkan seawal suku tahun pertama 2013. Selepas beberapa paparan skrin platform tersebut diperlihatkan sebelum ini, kini pembangunnya turut berkongsi gambar skrin kunci untuk peranti tersebut.

Daripada skrin kunci tersebut ia memperlihatkan yang mana Firefox OS membawakan fungsi lebih kurang sama seperti beberapa platform sedia ada, iaitu kebolehan untuk memasuki platform seperti biasa, ataupun terus mengakses kamera dengan mudah.

Namun salah satu persoalan yang timbul adalah adakah rekabentuk sedemikian akan mengundang saman paten daripada pihak Apple, ataupun Mozilla mempunyai cara tersendiri untuk mengatasinya, memandangkan daripada rekabentuk yang dibawa ia seperti kelihatan membawakan sokongan slide-to-unlock.


TIPS & ULASAN