Versi Akhir Mountain Lion Diperkenalkan Kepada Para Pembangun

Versi Akhir Mountain Lion Diperkenalkan Kepada Para Pembangun

Diterbitkan pada July 10, 2012 oleh .

Selain daripada Windows 8 yang semakin menghampiri pelancarannya, Apple juga sama, dimana kini mereka telah pun mengeluarkan versi akhir Mountain Lion kepada pembangun, iaitu OS X 10.8 Mountain Lion (Gold Master). Perkara ini sekaligus menandakan versi akhirnya akan muncul dalam seminggu dua lagi.

Sebelum ini, pada WWDC sendiri, Apple telah mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan Mountain Lion kepada umum pada bulan ini, yang mana membawakan integrasi yang lebih mendalam untuk iChat, disamping turut membawakan sokongan Twitter terbina padanya.

Selain daripada kedua-dua integrasi tersebut, Mountain Lion turut dikatakan membawakan lebih 200 perkara baru, disamping turut menjadikannya lebih menyerupai iOS, selain integrasi kedua-dua sistem operasi ini melalui sokongan iCloud.


TIPS & ULASAN