Chrome 21 Beta Dilancarkan Dengan Pelbagai Sokongan Tambahan

Chrome 21 Beta Dilancarkan Dengan Pelbagai Sokongan Tambahan

Diterbitkan pada July 10, 2012 oleh .

Dengan pelancaran Google Chrome 20 tempoh hari, kini pembangunan pelayar web Google itu terus melangkah kehadapan, dimana hari ini, Google telah pun mengeluarkan Chrome 21 Beta kepada umum, dengan beberapa sokongan tambahan padanya.

Google Chrome 21 Beta membawakan sokongan WebRTC yang lebih baik berbanding sebelumnya, sekaligus membolehkan pelbagai perkakasan tambahan untuk komputer, seperti webcam dan juga mikrofon diintegrasikan dan disokong terus pada pelayar web tanpa sebarang plugin tambahan.

Pada masa yang sama, Chrome 21 Beta juga turut membawakan sokongan Cloud Print yang lebih baik lagi berbanding sebelumnya. Dan bagi pembangun yang ingin mengintegrasikan sokongan gamepad dan sebagainya, anda boleh turut sama mengintegrasikan sokongan Gamepad Javascript API, membolehkan permainan dimainkan menggunakan alat kawalan terus pada pelayar web.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Google Chrome 21 Beta hari ini, dan mencuba sendiri fungsi baru yang dibawakan bersama dengannya.


TIPS & ULASAN