Cari @ Amanz

Bagi mereka yang meminati Matematik, semestinya mengenali akan salah satu aplikasi yang dibangunkan pembangun tempatan, TeratoTech, iaitu permainan berbentuk pendidikan – Adam Dream. Kini, mereka telah pun mengeluarkan kemaskini untuk permainan tersebut, dengan mengintegrasikan sokongan multiplayer yang membawakan pelbagai nilai tambah untuk permainan tersebut.

Adam Dream yang boleh dimainkan pada iPhone dan juga iPad ini membolehkan para pemain mengasah ilmu Matematik mereka dalam kaedah interaktif, dimana beberapa tahap disediakan – dibahagikan mengikut masalah Matematik, bermula daripada tambah, tolak, darab dan seterusnya bahagi. Ia turut membawakan beberapa watak jahat, memerlukan para pemain menyelesaikan masalah Matematik secepat mungkin sebelum mereka diserang mereka.

Melalui kemaskini ini, ia menyertakan mod baru dinamaka sebagai Arena. Dengan sokongan tersebut, ia membolehkan para pengguna mencabar rakan-rakan Facebook anda untuk bermain bersama permainan tersebut, sekaligus melihat siapa yang lebih cepat dan pantas menyelesaikan sesuatu tahap.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Adam Dream ini daripada iTunes hari ini secara percuma, sebelum ia dikembalikan kepada bentuk berbayar bermula esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd