Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami pernah berkongsi salah satu aplikasi yang memudahkan anda mengikuti kemaskini Instagram terus pada desktop, iaitu Instagrille. Hari ini, perisian tersebut telah pun dikemaskini, membawakan antaramuka yang lebih menarik berbanding sebelumnya, disamping lebih mudah dikendalikan.

Bagi mereka yang tidak kenali akan Instagrille, ia merupakan salah satu perisian desktop yang didatangkan melalui sokongan Pokki. Ia membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai kemaskini semasa Instagram terus daripada desktop, tanpa perlu membuka aplikasi Instagram pada peranti mudah-alih. Selain daripada melihat gambar rakan-rakan, pengguna juga turut sama boleh Like dan meninggalkan komen pada sesuatu gambar itu.

Daripada kemaskini yang dibawakan oleh Instagrille, ia membawakan antaramuka yang lebih kemas dan tersusun, disamping memudahkan pengguna mengendalikan perisian tersebut. Dan menariknya, melalui kemaskini ini juga, ia menyertakan sokongan memuat-turun gambar terus ke desktop, sekaligus membolehkan anda menyimpannya dalam koleksi.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Instagrille terus daripada laman rasmi mereka. Namun, seperti dimaklumkan, untuk digunakan, anda terlebih dahulu memerlukan Pokki sedia terpasang pada komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd