Metroon Membawakan Antaramuka Metro Kepada Peranti iOS

Metroon Membawakan Antaramuka Metro Kepada Peranti iOS

Diterbitkan pada July 10, 2012 oleh .

Bagi para pengguna iPhone yang meminati antaramuka Metro yang dibawakan oleh Windows 8, kini anda sendiri boleh mendapatkannya pada peranti anda, melalui sebuah tema khas, dinamakan sebagai Metroon. Walaubagaimanapun, ia hanya dikhaskan kepada pengguna yang telah jailbreak sahaja buat masa ini.

Daripada tema khas tersebut, ia membawakan antaramuka yang menyerupai Windows 8, serta berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masa lengah. Menariknya, sokongan bar seumpama Charm Bar turut disertakan untuk anda mengakses sesuatu perkara dengan pantas.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu jailbreak akan peranti mereka, sebelum mendapatkannya, melalui repo ModMyi pada harga $1.50. Dan seperti beberapa tema lain, ia menggunakan Dreamboard untuk diaktifkan sebelum dapat menggunakannya.


TIPS & ULASAN