Setelah mengumumkan Android 4.1 Jelly Bean tempoh hari, kini Google telah pun memuat-naik kod sumber untuk platform terbaru mereka itu, membolehkan sesiapa sahaja, termasuk pengeluar peranti untuk memuat-turun dan mengoptimasikannya untuk peranti masing-masing.
Android 4.1 Jelly Bean memfokuskan kepada mengatasi lengah masa, disamping beroperasi dengan lancar pada pelbagai saiz skrin. Ia juga menyertakan beberapa fungsi tambahan, termasuk sokongan notifikasi yang lebih baik, fungsi baru Google Now, serta sokongan Voice Search yang menarik dan Voice Input secara luar-talian.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah pengeluar peranti akan mula memperkenalkannya untuk peranti mereka, memandangkan kebanyakkannya masih lagi belum menerima kemaskini Ice Cream Sandwich sehingga ke hari ini. Namun, antara peranti yang disasarakn akan mula menerimanya seawal bulan ini adalah termasuk Galaxy Nexus, Nexus S dan juga Motorola Xoom.