Cari @ Amanz

Pada zaman sekarang yang biasa kita dengar mengenai saman berkaitan paten dan sebagainya, Nokia mengambil langkah berbeza dengan menghadiahkan paten MeeGo kepada syarikat Jolla.

Bagi yang mengetahui mengenai Jolla, ia merupakan salah satu syarikat baru yang bakal memfokuskan kepada pembangunan sistem operasi MeeGo, dan akan hadir dengan beberapa peranti baru tidak lama lagi. Ia juga turut dibangunkan oleh bekas pekerja Nokia yang sebelum ini terlibat dalam projek MeeGo.

Namun, Jolla masih tidak mengumumkan mengenai rakan industri mereka buat masa ini. Walaubagaimanapun, pihak Jolla mengatakan yang mana mereka mempunyai hubungan yang baik dan terbuka bersama pihak Nokia buat masa ini.

  • Amaran
  • Ia diketahui yang mana laporan Slashgear kurang tepat, dan Jolla merupakan hanya salah satu projek dibawah Nokia Bridge. Maaf atas kesulitan
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd