Cari @ Amanz

Selain berkongsi mengatakan Windows 7 telah terjual sebanyak lebih 630 juta unit sehingga ke hari ini, Microsoft juga turut berkongsi data mengenai pengguna Microsoft Office, dengan mengatakan perisian tersebut mempunyai lebih daripada satu billion pengguna di seluruh dunia.

Umum sedia maklum yang mana Office merupakan salah satu aplikasi wajib pada komputer anda, dan amat popular dikalangan pengguna Windows mahupun sistem operasi lain, seperti Mac OS X. Menurut Microsoft, populariti tersebut meletakkan dimana Office 2010 dibeli oleh salah seorang pengguna setiap saat, sekaligus meletakkan Office 2010 sebagai versi paling popular untuk perisian tersebut.

Buat masa sekarang ini, Microsoft sedang dalam proses membangunkan versi baru aplikasi Office, yang mana membawakan antaramuka Metro, bersama-sama dengan sokongan storan awan dan beberapa sokongan lain.

Selain daripada Microsoft Office, antara aplikasi popular yang lain dengan fungsi serupa adalah LibreOffice yang turut ditawarkan untuk pelbagai platform.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd