Cari @ Amanz

Asia kini telah pun mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna internet, dimana sebanyak 17 juta daripadanya adalah daripada Malaysia. Angka yang dikongsikan ini adalah berdasarkan kepada statistik pada penghujung tahun lepas, dan semestinya kini angka tersebut terus meningkat dengan kadar penembusan internet yang naik dari hari ke hari.

Pada masa yang sama, daripada laporan yang dikongsikan oleh ADMA ini, ia memperlihatkan pembelanjaan atas-talian yang dilakukan oleh para pengguna di Asia Pasifik sahaja telah mencapai US$24.8 billion pada tahun 2011 yang lepas. Angka ini semestinya akan terus meningkat dengan kerajaan Malaysia sendiri yang terus memfokuskan dalam meningkatkan industri ICT tempatan, disamping beberapa program baru seperti DigitalMalaysia dan sebagainya.

Baru-baru ini, ia juga turut sama kelihatan pelbagai bentuk pemasaran dilakukan oleh pelbagai agensi, termasuk oleh kerajaan sendiri, sekaligus memperlihatkan internet kini turut sama memainkan peranan penting, malah boleh dikatakan lebih berkuasa daripada media massa. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan sesiapa sahaja boleh meluahkan suara mereka melalui pelbagai laman sosial, termasuk Facebook, Google+ dan juga Twitter.

Disamping itu, ADMA juga turut berkongsi data memperlihatkan Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada negara-negara lain seluruh dunia dari segi kelajuan internet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd