Microsoft Tidak Ingin Meninggalkan Sebarang Ruang Kepada Apple

Microsoft Tidak Ingin Meninggalkan Sebarang Ruang Kepada Apple

Diterbitkan pada July 11, 2012 oleh .

Dengan pengumuman mengenai Microsoft Surface sebelum ini, hari ini, CEO Microsoft, iaitu Steve Ballmer mengatakan yang mana mereka tidak ingin memberi sebarang ruang yang tidak diliputi mereka kepada Apple. Perkara ini sekaligus menjadikan ramai membuat spekulasi berkenaan dengan telefon pintar yang dihasilkan oleh Microsoft sendiri.

Persaingan antara Microsoft dan Apple bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini, kedua-dua gergasi ini terkenal dengan mengeluarkan video iklan yang mana menghentam antara sistem operasi satu sama lain, disamping memperlihatkan kelebihan kedua-dua sistem operasi mereka, Windows dan OS X.

Namun, persaingan yang sebelum ini hanya tertumpu kepada perisian, kini beralih kepada perkakasan, apabila Microsoft sendiri menyertai industri pengeluaran tablet melalui Surface, yang bakal didatangkan bersama-sama dengan Windows 8. Selain daripada Windows 8 dan Windows Phone 8, Microsoft juga kini mempunyai pelbagai perisian dan aplikasi tambahan, termasuk SkyDrive, Skype dan sebagainya.

Bercakap mengenai telefon pintar, Microsoft mengatakan buat masa ini, mereka memfokuskan kepada Surface, dan mempunyai beberapa rakan kerjasama dekat untuk telefon pintar, termasuk salah satunya adalah Nokia, yang turut mengintegrasikan beberapa aplikasi, seperti Maps dan sebagainya pada platform Windows Phone.

Microsoft bakal memperkenalkan Windows 8 pada bulan Oktober, dijangka tidak jauh berbeza dengan pelancaran Windows Phone 8 kelak.


TIPS & ULASAN