Aplikasi Google+ Untuk iPad Kini Di AppStore

Aplikasi Google+ Untuk iPad Kini Di AppStore

Diterbitkan pada July 11, 2012 oleh .

Setelah mengumumkan aplikasi Google+ yang dioptimasikan untuk paparan tablet sebelum ini, kini ianya telah pun boleh didapati daripada AppStore, membolehkan semua pengguna iPad mula memuat-turun dan menggunakannya pada peranti mereka.

Daripada aplikasi tersebut, ia dioptimasikan sepenuhnya untuk paparan iPad, selain membawakan rekabentuk yang menarik, membolehkan para pengguna dengan mudah bersosial di laman Google+ dengan mudah.

Selain daripada itu, pihak Google juga turut menyertakan sokongan membuat Hangout terus dariapda iPad, dan menontonnya ke TV menggunakan sokongan AirPlay, yang mana salah satu sokongan popular dikalangan pengguna iOS.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma hari ini terus daripada AppStore, dan mula menggunakannya dalam bersosial bersama rakan-rakan anda di Google+.


TIPS & ULASAN