Aplikasi Maybank2U Dilancarkan Untuk Windows Phone

Aplikasi Maybank2U Dilancarkan Untuk Windows Phone

Diterbitkan pada July 11, 2012 oleh .

Nampaknya platform Windows Phone turut sama mendapat perhatian ramai pembangun dan syarikat tempatan, dimana selepas beberapa aplikasi diperkenalkan sebelum ini, kini Maybank turut sama melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk platform Windows Phone.

Seperti pelbagai aplikasi lain, M2U turut sama membawakan antaramuka Metro padanya, membolehkan para pengguna membuat pelbagai perkara asas, seperti melihat ringkasan akaun, transaksi terkini, memindahkan wang ke akaun lain, membuat pembayaran bil, melihat nilai tukaran mata wang asing dan beberapa perkara lain.

Bagi mereka yang menggunakan Windows Phone, boleh memuat-turun aplikasi M2U ini secara percuma terus daripada Windows Phone Marketplace, dan mula menggunakannya dalam transaksi hari ini.


TIPS & ULASAN