Setelah mulakan jualan Sony Xperia Go pada minggu lepas, hari ini Sony Mobile Malaysia turut sama mengumumkan peranti Xperia Neo L yang bakal mula dijual bermula esok pada harga RM888.
Seperti peranti Xperia yang lain, ia turut didatangkan bersama-sama Android, dan menggunakan versi terkini, iaitu Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Dari segi spesifikasi pula, ia didatangkan bersama-sama dengan skrin seluas 4-inci, kamera hadapan untuk panggilan video, kamera belakang 5-megapixel, serta menggunakan cip pemprosesan 1GHz bersama-sama dengan pemprosesan grafik Adreno 205. Beberapa teknologi Sony, seperti Sony xLoud Audio turut didatangkan bersama-sama dengannya.
Bagi anda yang berminat, boleh mula mendapatkan peranti Xperia Neo L ini terus daripada pengedar rasmi Sony seluruh negara bermula esok.