Pengguna Nokia N9 Sedia Menguji Android 4.0.4 Alpha 4

Pengguna Nokia N9 Sedia Menguji Android 4.0.4 Alpha 4

Diterbitkan pada July 11, 2012 oleh .

Bagi para pengguna Nokia N9 yang ingin menguji sistem operasi selain daripada MeeGo, kini anda berpeluang menguji Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich pada peranti anda. Namun, buat masa ini, ia masih pada peringkat awal pembangunan, dan masih dilabel Alpha lagi buat masa ini.

Ianya dibangunkan oleh komuniti berdasarkan kepada AOSP yang disediakan, dan dioptimasikan untuk peranti Nokia N9 yang menjalankan PR 1.3.

Menariknya adalah, seperti sebelumnya, ia membolehkan anda menjalankan dua sistem operasi pada peranti anda, iaitu MeeGo dan juga Android ICS pada masa yang sama.

Walaubagaimanapun, memandangkan ianya masih pada peringkat Alpha, beberapa perkara tidak berfungsi sepenuhnya, dan masih pada peringkat pembangunan. Namun, ianya membawakan sokongan dan penambahan yang lebih baik berbanding Alpha 3 sebelum ini.

Bagi anda yang berminat, boleh merujuk ke laman NITDroid, dan mungkin boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri hari ini.


TIPS & ULASAN