Gambaran Aplikasi Facebook Pada BlackBerry 10 Diperlihatkan

Gambaran Aplikasi Facebook Pada BlackBerry 10 Diperlihatkan

Diterbitkan pada July 11, 2012 oleh .

Walaupun platform BlackBerry 10 hanya akan dilancarkan dan mulakan jualan peranti tersebut sekitar Januari tahun hadapan, namun pelbagai maklumat mengenainya mula kelihatan satu demi satu. Dan yang terkini, gambaran aplikasi Facebook pada BlackBerry 10 diperlihatkan secara eksklusif oleh N4BB.

BlackBerry 10 dikatakan akan memfokuskan kepada elemen sosial, membolehkan para pengguna berkongsi dengan mudah terus daripada pelbagai fungsi pada platform tersebut. Para pengguna dengan pantas boleh berkongsi apa sahaja ke Facebook, termasuk tag rakan, dan memilih resolusi dan sebagainya melalui aplikasi tersebut.

Daripada apa yang diperlihatkan, selain daripada berkongsi ke Facebook, ia juga menyertakan pelbagai sokongan lain, termasuk BBM (seperti semua sedia maklum), dan juga perkongsian ke Dropbox, Picasa dan juga lain-lain.

Mungkin kita akan dapat melihat pelbagai platform ini diintegrasikan secara mendalam pada platform BlackBerry 10 kelak.


TIPS & ULASAN