Amazing Alex Akan Dilancarkan Esok Untuk Android Dan iOS

Amazing Alex Akan Dilancarkan Esok Untuk Android Dan iOS

Diterbitkan pada July 11, 2012 oleh .

Selepas kejayaan Angry Birds, semestinya ramai yang menantikan pelancaran permainan baru daripada Rovio, iaitu Amazing Alex. Kini pihak Rovio sendiri telah mengumumkan yang mana permainan tersebut boleh didapatkan oleh para pengguna Android dan iOS bermula esok daripada kedai aplikasi masing-masing.

Berbeza dengan Angry Birds, melalui permainan Amazing Alex, ia membawakan permainan berbentuk teka-teki kreatif, memerlukan para pemain menyusun pelbagai peralatan dalam mencapai sesuatu misi.

Sama seperti yang lain, kami sedang menantikan pelancaran permainan ini, yang mana semestinya bakal menjawab pertanyaan ramai sama ada Amazing Alex dapat mengulangi kejayaan Angry Birds ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN