HTC Bakal Hadir Dengan Tablet Baru?

HTC Bakal Hadir Dengan Tablet Baru?

Diterbitkan pada July 11, 2012 oleh .

Berbeza dengan Samsung yang mengeluarkan tablet mereka hampir setiap suku tahun, HTC yang sebelum ini hadir dengan Flyer, kelihatan senyap begitu sahaja. Namun, kini pihak HTC mengatakan pada PC Advisor yang mana mereka bakal hadir dengan tablet baru tidak lama lagi.

HTC Flyer

Ia juga dikatakan yang mana HTC bakal hadir dengan sesuatu yang unik untuk dijual kepada para pengguna, dan berkemungkinan akan dijana menggunakan Jelly Bean padanya. Namun, tiada sebarang spesifikasi yang disahkan oleh mereka buat masa ini.

Sebelum ini, HTC hadir dengan HTC Flyer yang didatangkan bersama-sama dengan stylus padanya. Namun, peranti tersebut seperti tidak mendapat permintaan tinggi, tidak diketahui sama ada kerana kurang promosi oleh pihak HTC ataupun kekurangan pada produk itu sendiri.

Namun, dengan keluarga HTC One yang semakin popular dengan kualiti yang dibawakan padanya, mungkinkah kelak kita akan dapat melihat sesuatu yang menarik daripada HTC tidak lama lagi?


TIPS & ULASAN