Cari @ Amanz

Sering kali para pengguna Windows menghadapi masalah dalam membuat salinan pendua untuk fail-fail mereka, dan terpaksa bergantung kepada pelbagai aplikasi pihak ketiga. Namun, melalui Windows 8, Microsoft ingin mengubahnya, dengan menyediakan sokongan membuat salinan pendua untuk fail-fail penting dari semasa ke semasa.

Pada Windows 7, ia didatangkan bersama sokongan Windows Backup. Namun hanya kurang daripada 5% pengguna yang dikatakan menggunakannya. Dan untuk memudahkan para pengguna membuat salinan pendua, Windows 8 bakal memperkenalkan sokongan File History.

Pada File History, ia hanya sekadar membuat salinan pendua fail-fail peribadi pengguna, dan bukannya keseluruhan sistem. Ia ditetapkan dimana pada setiap jam, File History akan menyemak pelbagai dokumen anda, dan menyimpan apa yang diubah sebagai salinan pada File History.

Walaubagaimanapun, File History akan memerlukan medium luar untuk simpanan seperti storan USB dan sebagainya. Namun, bagi mereka yang masih ingin membuat salinan sepenuhnya untuk sesuatu sistem, para pengguna masih boleh menggunakan Windows Backup yang disertakan padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd