Aplikasi Twitter Untuk Android Dan iOS Dikemaskini

Aplikasi Twitter Untuk Android Dan iOS Dikemaskini

Diterbitkan pada July 11, 2012 oleh .

Twitter terus membawakan dan menambah-baik aplikasi mudah-alih mereka, dengan memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi iPhone dan juga Android dengan beberapa sokongan tambahan padanya.

Daripadanya, pelbagai sokongan yang sedia terdapat pada versi web Twitter kini dibawa ke peranti mudah-alih. Antaranya adalah termasuk sokongan melihat media terus pada peranti mudah-alih anda, termasuk bukan sahaja gambar dan video, tetapi kandungan web, peta FourSquare, aplikasi iTunes, dan banyak lagi.

Disamping itu, sokongan untuk carian juga ditambah-baik dengan autocomplete turut dibawakan padanya, memudahkan anda menaip dan membuat carian dengan pantas. Sokongan Push Notification turut diperkenalkan pada Android dan iOS, membolehkan anda menerima notifikasi daripada rakan-rakan anda dengan mudah.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun versi baru Twitter untuk iPhone dan juga Twitter untuk Android hari ini, dan mencubanya sendiri.


TIPS & ULASAN