Pandang Pertama : Sony Xperia Neo L

Pandang Pertama : Sony Xperia Neo L

Diterbitkan pada July 12, 2012 oleh .

Bermula daripada hari ini, para pengguna tempatan sudah pun boleh mendapatkan peranti Sony Xperia Neo L daripada pengedar rasmi tempatan pada harga RM888. Dan untuk mendapatkan gambaran lebih dekat untuk peranti tersebut, beberapa gambar dirakamkan khas oleh kami untuk anda.

Berbeza dengan beberapa rekabentuk Xperia yang diperkenalkan oleh Sony, melalui Neo L, ia membawakan rekabentuk yang lebih menarik dan serba sedikit membawakan beberapa elemn daripada Xperia Play.

Pada harga RM888, mungkin ramai sedia ketahui akan yang mana ia membawakan spesifikasi yang agak rendah, dimana melalui Xperia Neo L, ia hanya membawakan cip pemprosesan 1GHz bersama GPU Adreno 205, memori sebanyak 512MB, dan bateri 1500mAh. Ia turut disertakan bersama kamera 5-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera hadapan VGA untuk panggilan video dan sebagainya. Skrinnya pula bersaiz 4-inci dengan resolusi 480×854 pixel dengan kadar ketumpatan pada 245PPI.

Walaupun spesifikasinya boleh dikatakan agak rendah, namun ia dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, sekaligus membolehkan anda menikmati sistem operasi Android terkini dengan antaramuka Timescape pada harga yang rendah.


TIPS & ULASAN