Tweetbot Dilancarkan Dalam Bentuk Alpha Untuk Mac

Tweetbot Dilancarkan Dalam Bentuk Alpha Untuk Mac

Diterbitkan pada July 12, 2012 oleh .

Seperti diperkatakan sebelum ini, hari ini pembangun Tweetbot, aplikasi popular untuk Twitter pada platform iOS, telah pun memperkenalkan versi pembangunan awal untuk platform Mac, sekaligus membolehkan orang ramai mencubanya. Namun, seperti biasa, memandangkan ia masih lagi pada peringkat pembangunan, mungkin terdapat pelbagai masalah padanya.

Percubaan kami untuk memasangnya gagal, memandangkan kami masih menggunakan OS X 10.5, dan ia memerlukan versi yang lebih baru untuk beroperasi. Menurut pembangunnya, walaupun ia beroperasi pada OS X Lion hari ini, versi akhirnya kelak hanya akan didatangkan dengan sokongan untuk Mountain Lion sahaja, memandangkan ia turut akan mengintegrasikan sokongan iCloud dan Notification Center padanya.

Pembangunnya mengatakan mereka akan mengujinya untuk suatu masa yang lama sebelum memasuki fasa akhir. Tiada sebarang tarikh pelancaran diberikan buat masa ini. Bagi mereka yang menggunakan OS X Lion, boleh mencubanya dengan memuat-turunnya hari ini.

Terima kasih Yusof Firdaus untuk gambar.


TIPS & ULASAN