TeratoTech Bakal Menghasilkan Permainan Untuk Platform Android?

Diterbitkan pada July 12, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Umum sedia maklum akan yang mana TeratoTech merupakan salah satu syarikat pembangun aplikasi mudah-alih terkemuka tempatan. Sehingga ke hari ini, walaupun TeratoTech menghasilkan beberapa aplikasi untuk Android, namun permainan yang dihasilkan mereka masih eksklusif untuk iOS. Perkara tersebut dijangka akan berubah tidak lama lagi.

Perkara ini diketahui apabila pengasas TeratoTech sendiri membalas komen pembaca atas permintaan aplikasi Adam Dream untuk platfomr Android. Melaluinya, beliau mengatakan mungkin ia akan dihasilkan untuk platform Android tidak lama lagi.

Namun, tiada sebarang tarikh yang diberikan buat masa ini. Permainan Adam Dream telah dikemaskini baru-baru ini dengan menyertakan sokongan permainan multiplayer, dan ditawarkan secara percuma untuk iPhone dan iPad untuk tempoh yang terhad.

Sekiranya anda menggunakan platform iOS, mungkin boleh memuat-turunnya secara percuma hari ini, sebelum ia diubah menjadi aplikasi berbayar kembali tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami