Cari @ Amanz

Terdapat beberapa kaedah untuk menyemak saman menggunakan internet, dan kini salah seorang pembangun tempatan hadir dengan sebuah aplikasi khas untuk pengguna iOS, dinamakan sebagai My Saman.

Aplikasi My Saman ini menggunakan nombor kad pengenalan untuk menyemak saman anda, dan seterusnya memaparkan senarai saman ada (sekiranya ada) dalam antaramuka yang ringkas dan minimalis.

Para pengguna juga turut sama boleh menambah beberapa nombor kad pengenalan (keluarga dan rakan-rakan) dan menyimpannya, supaya dapat disemak dengan mudah.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma, dan dioptimasikan untuk skrin iPhone buat masa ini. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini daripada AppStore, dan memudahkan lagi anda menyemak saman anda dari semasa ke semasa.

Terima kasih Syafiq Ross.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd