Mountain Lion Hanya Akan Menyokong Beberapa Mac Sedia Ada

Mountain Lion Hanya Akan Menyokong Beberapa Mac Sedia Ada

Diterbitkan pada July 12, 2012 oleh .

Jikalau Microsoft hadir dengan Windows 8 dan menjanjikan semua komputer yang menjalankan Windows 7 boleh menjalankannya, Apple pula berbeza, dimana kini mereka mengumumkan Mac OS X 10.8 Mountain Lion yang bakal dilancarkan hanya akan menyokong beberapa komputer riba keluaran mereka sebelum ini.

Daripada halaman rasmi yang disediakan oleh Apple, ia memperlihatkan OS X 10.8 Mountain Lion hanya akan menyokong:

  • iMac (pertengahan 2007 dan terkini)
  • MacBook (akhir 2008, awal 2009 dan terkini)
  • MacBook Pro (pertengahan/akhir 2007 dan terkini)
  • MacBook Air (akhir 2008 atau terkini)
  • Mac Mini (awal 2009 atau terkini)
  • Mac Pro (awal 2008 atau terkini)
  • Xserve (awal 2009)

Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan mengapa ia tidak menyokong Mac sebelumnya. Namun ramai membuat spekulasi ianya adalah disebabkan sokongan grafik dan sebagainya pada Mountain Lion.

Apple dijangka bakal memperkenalkan Mountain Lion pada penghujung bulan ini.


TIPS & ULASAN