Cari @ Amanz

Terdapat beberapa laman yang memfokuskan kepada perkongsian idea dan sebagainya, dan kini Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia hadir dengan sebuah laman khas yang memfokuskan kepada remaja dan juga semangat kesukarelawan, dipanggil 1Malaysia for Youth atau ringkasannya 1M4U.

Daripada laman tersebut, ia membolehkan para remaja dengan mudah menghantar sebarang idea mereka untuk dikongsi bersama yang pengguna lain, dan menjayakannya, sekaligus meningkatkan lagi semangat kesukarelawan dikalangan remaja hari ini.

Sama seperti beberapa laman web lain, 1M4U turut sama membawakan sokongan pendaftaran menggunakan Facebook, memudahkan proses pendaftaran dan juga perkongsian idea anda bersama yang lain. Selesai sahaja mendaftarkan diri, anda akan dapat menghantar idea anda dalam kurang 250 aksara melaluinya.

Dan bersempena dengan pelancaran program ini, pihak 1M4U turut mengadakan sebuah pertandingan khas, membolehkan para perekabentuk kreatif menghantar rekabentuk logo mereka dan bersedia memenangi hadiah sebanyak lebih RM10,000 daripadanya.

Seperti sedia maklum, terdapat beberapa laman yang menyediakan koleksi logo-logo yang menarik di arena web ini, yang mana mungkin anda boleh mengambil inspirasi, serta pada masa yang sama, menghasilkan sebuah logo yang menarik dan kreatif untuk program sukarelawan ini.

Mengenai 1Malaysia For Youth

Kebanyakkan remaja pada hari ini boleh dikatakan menghabiskan kebanyakkan masa di hadapan komputer mahupun gajet mereka berbanding dengan aktiviti di luar. Dan melalui program ini, ia membolehkan para remaja bukan sahaja mengenali rakan-rakan baru, tetapi turut memupuk semangat dan aktiviti sukarelawan dikalangan mereka. Kementerian Pengajian Tinggi sendiri menyokong program ini dengan fokus untuk melahirkan pelajar yang praktikal dan berpotensi dengan permintaan pasaran pada hari ini.

Pada hari Ahad, 15 Julai 2012, satu perhimpunan di dataran KLCC akan berlangsung dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang untuk melancarkan dan mempromosikan projek ini.

Untuk memudahkan anda merekabentuk logo 1M4U, mungkin anda boleh mengambil fokus kepada objektif program 1M4U, seperti:

  • Membantu masyarakat dunia yang memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan;
  • Mempromosi persefahaman masyarakat dunia tentang keamanan sejagat;
  • Merealisasikan semangat keprihatinan pelajar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia;
  • Meletakkan pelajar Malaysia sebagai pemimpin sukarelawan di persada dunia;
  • Membina hubungan dan jaringan di peringkat antarabangsa;
  • Memperkenalkan Malaysia sebagai hab pendidikan yang melahirkan sukarelawan global; dan
  • Memberi kefahaman tentang sosiobudaya masyarakat Malaysia ke arah keamanan dunia.

Sebelum mula menghantar logo anda ke pertandingan yang dianjurkan KPT ini, mungkin anda boleh melawati laman mereka untuk rujukan yang lebih mendalam, ataupun mengikuti 1M4U di Twitter mahupun Facebook.

Pada masa yang sama, anda juga boleh menyokong pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan Like halaman Facebook mereka.

Advertorial daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd