Mari Belajar Bantuan Kecemasan Terus Pada Peranti Android Dan iOS

Mari Belajar Bantuan Kecemasan Terus Pada Peranti Android Dan iOS

Diterbitkan pada July 12, 2012 oleh .

Bantuan kecemasan merupakan salah satu perkara yang perlu diketahui ramai dan mungkin diperlukan pada bila-bila masa sahaja. Dan dengan kini para pengguna sering menggunakan telefon pintar mereka, anda boleh memuat-turun sebuah aplikasi ringkas dengan pelbagai panduan bantuan kecemasan.

Aplikasi yang disediakan oleh Palang Merah Amerika Syarikat, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai panduan dengan mudah, dalam kaedah interaktif. Menariknya, selain daripada hanya teks dan juga gambar, ia juga menyediakan panduan berbentuk video untuk memudahkan pemahaman anda.

Memandangkan ia menyertakan pelbagai jenis media, saiz aplikasi tersebut agak besar, dimana sekitar 27MB untuk versi Android dan juga sekitar 22Mb untuk versi iOS.

Bagi anda yang ingin berjaga-jaga dengan panduan kecemasan sedia ada pada peranti mudah-alih anda, mungkin boleh memuat-turun aplikasi First Aid ini secara percuma daripada AppStore atau Google Play Store hari ini.


TIPS & ULASAN