Amazing Alex Sedia Dimuat-Turun Untuk iOS Dan Android

Amazing Alex Sedia Dimuat-Turun Untuk iOS Dan Android

Diterbitkan pada July 12, 2012 oleh .

Seperti mana yang kami laporkan semalam, hari ini, Rovio telah pun melancarkan permainan terbaru mereka kepada umum, iaitu Amazing Alex. Buat masa ini, aplikasi tersebut sudah pun boleh didapatkan oleh para pengguna iOS dan juga Android pada harga $0.99.

Pada Amazing Alex, ia menyediakan lebih 100 tahap berbeza yang membuatkan anda perlu menyelesaikan sesuatu perkara dengan kreativiti tersendiri. Sokongan sosial juga turut disertakan, membolehkan anda berkongsi pelbagai perkara terus bersama rakan-rakan anda.

Kami masih belum berpeluang mencubanya, dan mungkin akan melakukannya kelak pada malam ini. Sementara itu, bagi anda yang mempunyai peranti iOS dan Android, boleh memuat-turun aplikasi tersebut daripada AppStore dan Google Play, serta memberikan maklumbalas anda berkenaan dengannya.


TIPS & ULASAN