Perkhidmatan Unifi Dilancarkan Untuk Penduduk Terengganu

Perkhidmatan Unifi Dilancarkan Untuk Penduduk Terengganu

Diterbitkan pada July 12, 2012 oleh .

Sokongan Unifi daripada Telekom Malaysia boleh dikatakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna tempatan. Dan hari ini, Telekom Malaysia secara rasminya mengumumkan pelancaran perkhidmatan tersebut kepada para pengguna Terengganu, sekaligus membawakan perkhidmatan tersebut kepada para pengguna di pantai timur.

Dengan pelancaran tersebut, kini Unifi meliputi kawasan Teluk Kalong, Kemaman, sekaligus membolehkan penduduk disana menikmati internet jalur-lebar berkelajuan tinggi daripada Telekom Malaysia. Buat masa ini hanya sebanyak 544 premis sahaja disokong, dan angka tersebut disasarkan untuk ditingkatkan menjadi 964 premis menjelang penghujung 2012 kelak.

Lokasi lain di Terengganu dijangka akan mendapat akses ke perkhidmatan tersebut secara berperingkat pada tahun 2013 kelak.

Pada pengumuman pelancaran ini juga, ia dikongsikan, angka penembusan jalur-lebar di Terengganu kini pada angka 59%, dan mereka mensasarkan untuk terus meningkatkannya sepanjang tahun ini.


TIPS & ULASAN