Galaxy Note 2 Mungkin Akan Diumumkan Oleh Samsung Pada IFA 2012 Kelak?

Galaxy Note 2 Mungkin Akan Diumumkan Oleh Samsung Pada IFA 2012 Kelak?

Diterbitkan pada July 13, 2012 oleh .

Kini, ura-ura awal mula mengatakan yang mana Samsung bakal mengadakan acara Unpacked mereka tersendiri pada IFA 2012 yang bakal diadakan di Berlin pada bulan Ogos ini. Ia turut dikatakan acara tersebut bakal menjadi acara pengenalan untuk pengumuman Galaxy Note 2 kelak.


Konsep Galaxy Note 2

Perkara ini masih tidak diumumkan oleh Samsung secara rasminya, namun beberapa sumber mengatakan Samsung bakal mengadakan acara tersebut pada 30 Ogos, sehari sebelum permulaan IFA 2012.

Ura-ura mengenai Galaxy Note 2 telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas, mengatakan akan membawakan skrin bersaiz lebih besar berbanding Galaxy Note sedia ada, disamping membawakan kemaskini spesifikasi lebih baru dan juga membawakan beberapa fungsi baru seumpama pada Galaxy S3.


TIPS & ULASAN