Cari @ Amanz

Selain menyediakan aplikasi mudah-alih untuk pelbagai peranti pintar dan juga Mobile Twitter yang boleh diakses melalui pelayar web mudah-alih, kini Twitter turut sama memperkenalkan aplikasi khas untuk para pengguna Series 40.

Seperti semua sedia maklum, jutaan pengguna yang menggunakan peranti Series 40, dan perkara ini semestinya akan memberikan pelbagai kelebihan untuk mereka.

Daripada aplikasi yang disediakan, ia membolehkan para pengguna mendaftarkan dan log masuk, disamping mengikuti Tweet dari rakan-rakan, melihat interaksi bersama anda dan pelbagai perkara lain lagi.

Sekiranya anda merupakan pengguna Series 40, anda boleh memuat-turun ia secara percuma daripada Nokia Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd