Cari @ Amanz

Salah satu laman perkongsian artikel yang popular diseluruh dunia adalah Digg. Namun pengunjungnya berkurangan akhir-akhir ini, membuatkan lebih ramai menggunakan Reddit daripada Digg. Walaubagaimanapun, ia masih mempunyai permintaan tersendiri, dimana hari ini Digg telah pun diambil-alih oleh Betaworks pada harga $500,000.

Bagi yang tidak mengenali akan Betaworks, salah satu produk popular mereka adalah Bitly, dan Chartbeat. Mereka mempunyai beberapa produk lain yang menarik, dan Digg dijangka akan diintegrasikan bersama News.me, salah satu laman portal milik Betaworks.

Betaworks turut mengatakan mereka akan memberikan nafas baru untuk Digg dan membangunkannya kembali dibawah mereka. Walaubagaimanapun, seperti biasa, Betaworks mungkin perlu berusaha lebih dalam mengembalikan kegemilangan Digg kembali seperti dulu.

Sebelum ini, pada tahun 2008, Google pernah ingin membeli Digg pada harga $200 juta.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd