Samsung Monitor Series-9 Bakal Mula Dijual Di Malaysia Bulan Hadapan

Samsung Monitor Series-9 Bakal Mula Dijual Di Malaysia Bulan Hadapan

Diterbitkan pada July 13, 2012 oleh .

Teknologi paparan daripada Samsung merupakan salah satu perkara yang boleh dipuji, dan melalui siri monitor terkini keluaran mereka, Samsung Monitor Series-9 bersaiz 27-inci bakal mula dipasarkan dan dijual di Malaysia bermula daripada bulan hadapan. Harga jualan monitor tersebut di pasaran Malaysia adalah RM2999.

Samsung Monitor Series-9 ini membawakan sokongan baru dinamakan Natural Color Expert, membolehkan paparan visual yang lebih asli dipaparkan melaluinya, sekaligus membawakan paparan yang amat menarik sekali untuk permainan, filem dan juga melihat kandungan yang lain. Daripada apa yang dipertontonkan kepada kami, monitor terbaru ini didatangkan dengan sokongan untuk dioptimasikan untuk pelbagai jenis paparan, dan bagi mereka yang mementingkan penggunaan warna dan sebagainya pada skrin, boleh mengubah mengikut apa yang dikehendaki mereka.

Dari segi paparan, ia menyokong sehingga resolusi 2560×1440, selain turut menyertakan sokongan HDMI, DVI dan juga port USB terbina padanya.

Sebagai sokongan multimedia tambahan, Samsung Monitor Series-9 ini juga turut sama didatangkan dengan sokongan MHL (Mobile High-Definition Link) untuk memudahkan anda menghubungkannya kepada tablet dan juga telefon pintar dengan mudah.

Jadi, adakah anda akan membelinya pada harga RM2999?


TIPS & ULASAN