(Konsep) Peranti BlackBerry Dengan Platform Windows Phone

(Konsep) Peranti BlackBerry Dengan Platform Windows Phone

Diterbitkan pada July 13, 2012 oleh .

Dengan pelbagai penangguhan untuk pelancaran peranti dengan BlackBerry 10, sebelum ini, ia diura-ura akan yang mana ia mungkin akan menjalankan Windows Phone. Walaupun pihak RIM kemudiannya mengatakan mereka melaburkan tenaga dan wang pada platform BB10, sekaligus menidakkan perkara tersebut, ia tidak menghentikan daripada perekabentuk bebas hadir dengan beberapa gambaran konsep untuknya.

Walaupun perkara ini adalah sesuatu yang mungkin mustahil, namun daripada apa yang diperlihatkan, ia kelihatan menarik, dan mungkin bagi para pengguna Windows Phone, mereka menyukai rekabentuk yang dihasilkan Michal Bonikowski ini.

Jadi, apa kata anda mengenai rekabentuk konsep ini?


TIPS & ULASAN