Cari @ Amanz

SkyDrive merupakan antara aplikasi daripada Microsoft yang mendapat perhatian utama sepanjang tahun ini, apatah lagi dengan Windows 8 yang bakal menjelang tiba. Hari ini, Microsoft telah pun mengeluarkan kemaskini aplikasi SkyDrive, bersama-sama dengan rekabentuk logo baru.

Selain daripada rekabentuk logo yang baru untuk SkyDrive, aplikasi baru ini juga turut sama menyertakan tetingkap status yang baru, membolehkan anda mengetahui proses semasa, seperti info berkenaan dengan muat-naik atau muat-turun dari SkyDrive ke komputer.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, ia masih dilabelkan sebagai beta buat masa ini untuk pengguna Windows.

Jadi, bagi anda yang inginkan alternatif untuk Dropbox, dan ingin mengakses fail daripada SkyDrive dengan mudah pada komputer anda, mungkin boleh memuat-turun aplikasi SkyDrive hari ini, dan mencubanya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd