Office 2013 Bakal Diperkenalkan Kepada Umum Minggu Hadapan?

Office 2013 Bakal Diperkenalkan Kepada Umum Minggu Hadapan?

Diterbitkan pada July 13, 2012 oleh .

Kini, laporan baru mula kedengaran mengatakan Microsoft bakal memperkenalkan Office 2013 kepada umum pada minggu hadapan, yang mana mungkin kita boleh nantikan beberapa fungsi baru yang akan didatangkan oleh Office 2013 diumumkan bersama-sama dengannya.

Untuk makluman, perisian pejabat terbaru daripada Microsoft, dengan rekabentuk antaramuka Metro ini telah pun diuji sejak sebelum ini melalui beberapa pembangun terpilih. Namun, ia hanya sekadar ujian tertutup dan tidak diberikan sebarang peluang kepada para pengguna umum.

Dengan pelancaran Windows 8 yang bakal menjelang tiba, Microsoft dijangka akan memperkenalkan perisian pejabat mereka selang beberapa bulan, sekaligus membawakan semua aplikasi utama mereka dengan rekabentuk antaramuka Metro.

Sekiranya laporan ini adalah benar, mungkin kita semua dapat melihat apakah yang dibawakan oleh Office 2013 pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN